Entrepeneur Day ini dilakukan di hadapan café Kolej Teknologi Alpha pada 17 November 2017 bersamaan pada hari Jumaat. Dengan adanya Entrepeneur Day ini ianya secara tidak langsung dapat melihat pelbagai produk yang unik daripada syarikat-syarikat lain dan menjadikan syarikat lebih kuat untuk bersaing.
Melalui Entrepeneur Day yang dianjurkan syarikat kami dapat menemui pelbagai ragam tingkah laku pelanggan yang kebanyakkannya daripada kalangan pelajar Kolej Teknologi Alpha. Terdapat pelbagai objektif yang syarikat kami ingin capai melalui Enterpeneur Day yang dianjurkan.
POSTER "ENTREPRENEURSHIP DAY"
POORI CURRY ENTERPRISE
Syarikat Poori Curry Entreprise. Poori Curry Enterprise
adalah sebuah syarikat yang menawarkan produk makanan segar dan sejuk beku yang
juga mempunyai servis penghantaran produk ke kawasan-kawasan berdekatan dengan
syarikat kami. Poori Curry Enterprise telah ditubuhkan pada 6 November 2016 dan
beralamat di Poori Curry Enterprise, No. 19, Jalan Utama2/30, Taman
Perindustrian Puchong Utama, 47100.
Syarikat
ini mempunyai 7 orang rakan kongsi yang terdiri daripada pelbagai latar
belakang pendidikan yang berbeza. Objektif penubuhannya adalah untuk memudahkan
golongan wanita yang berkerjaya yang tidak mempunyai masa untuk menyiapkan
makanan bagi keluarga. Seterusnya, kami juga menyasarkan kalangan
pelajar-pelajar di Universiti yang berdekatan. Hal ini kerana kebanyakkan
pelajar ini sukar mendapatkan makanan kerana kekurangan gerai-gerai makanan
yang berhampiran.
ANTARA JUALAN YANG DIJUAL SEMASA "ENTREPRENEURSHIP DAY"
1. ROTI POORI
Menu utama bagi
syarikat Poori Curry Enterprise ialah roti poori. Roti poori merupakan makanan
bagi kaum India. Namun demikian, pada masa kini, penerimaan roti poori bukan
sahaja diterima oleh kaum India itu sendiri malahan kaum-kaum lain juga telah
menggemari roti poori ini. Bagi syarikat Poori Curry Enterprise, roti poori
dihasilkan secara sejuk beku. Hal ini demikian kerana perkhidmatan jualan roti
poori sejuk beku jarang dilakukan oleh syarikat pengeluaran makanan sejuk beku.
Oleh itu, syarikat kami telah mengambil peluang ini untuk menghasilkan dan
menjual roti poori sejuk beku. Kami juga turut memberi servis penghantaran roti
poori kepada sesiapa yang membelinya.
Pada hari
“Entrepreneurship Day”, kami turut menjual menu utama kami, iaitu Roti Poori.
Terdapat ramai pelanggan yang membelinya termasuklah kaum-kaum lain selain
daripada kaum India. Pada mulanya, pelanggan di Kolej Teknologi Alpha selain
daripada kaum India berasa asing dengan menu utama kami, namun demikian,
setelah kami menyediakan “tester” roti poori kepada mereka, mereka mula
meminati roti poori dan membeli jualan kami. Kami juga telah menambah tepung
atta pada roti poori kami supaya roti poori kami kelihatan lebih menarik
warnanya dan sedikit rangup. Pada hari tersebut, roti poori jualan kami telah
mendapat sambutan daripada warga Kolej Teknologi Alpha.
2. KOPI
CINCAU AIS
Kopi cincau ais
merupakan menu sampingan bagi jualan syarikat Poori Curry Enterprise pada hari
“Entrepreneurship Day”. Kopi cincau ais merupakan sebuah inovasi yang kami
lakukan terhadap air kopi. Kami memilih untuk menjual kopi cincau ais kerana
kami menganggap bahawa pelanggan kami akan tertarik dengan inovasi yang kami
lakukan. Rasanya yang lazat di samping tambahan cincau membuatkan air kopi
cincau ais kami mendapat sambutan yang hangat oleh pelanggan.
Terdapat ramai
pelanggan yang membeli kopi ais cincau kami. Hal ini demikian kerana mereka ingin
mencuba sesuatu yang baru. Di samping itu, pada hari “Entrepreneurship Day”,
tidak ramai yang menjual air. Hal demikian juga sedikit sebanyak membantu
melariskan jualan air kopi cincau ais kami. Bagi penggemar air kopi pula,
mereka sangat senang menerima inovasi yang kami lakukan terhadap air kopi. Pada
hari “Entrepreneurship Day”, air kopi cincau ais kami telah mendapat sambutan
yang hangat bukan sahaja dalam kalangan pelajar malahan para pensyarah dan juga
kakitangan kolej juga turut membeli air kopi cincau ais kami.
3. CUCUR
KENTANG
Pada hari
“Entrepreneurship Day”, syarikat Poori Curry Enterprise juga turut menjual
cucur kentang. Cucur kentang ini juga merupakan sebuah inovasi yang cuba kami
perkenalkan kepada warga Kolej Teknologi Alpha. Kami memilih untuk menjual
cucur kentang kerana cucur kentang ini mudah dihasilkan di samping rasanya yang
lazat.
Pelanggan kami
amat menggemari cucur kentang kami dan pada hari “Entrepreneurship Day”
tersebut, cucur kentang kami turut mendapat jualan yang amat memberangsangkan.
Pada hari tersebut, pelanggan kami bukan sahaja terdiri daripada pelajar Kolej
Teknologi Alpha. Para pensyarah dan juga kakitangan kolej juga turut sama
menjadi pelanggan kami.
RAKAN KONGSI
PERSIAPAN SEMASA "ENTREPRENEURSHIP DAY"
POSTER POORI CURRY ENTERPRISE
LOGO SYARIKAT
No comments:
Post a Comment