Definisi Budaya Keushawanan adalah :
Budaya
adalah corak perilaku harian yang diamalkan oleh individu ataupun
kumpulan individu di dalam menguruskan hal-hal kehidupan mereka. Budaya
yang murni selalunya mempengaruhi corak perilaku individu ke arah yang
dikehendaki dan diterima oleh kumpulan masyarakat setempat.
Keusahawanan merangkumi sikap, pengetahuan dan kemahiran yang cenderung ke arah aktiviti perniagaan. Maka budaya keusahawanan boleh didefinisikan sebagai corak perilaku individu dan kumpulan individu dalam sebuah masyarakat, yang cenderung ke arah melakukan kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan perniagaan.
Aspek Pembudayaan Keusahawanan :
Pembudayaan keusahawanan adalah proses yang pembangunan sikap dan personaliti usahawan supaya mereka cintakan kejayaan dan kecemerlangan dalam setiap usaha yang dilakukan. Melalui proses pembudayaan ini membolehkan usahawan bertindak selaras dengan tuntutan moral, etika dan akhlak agar kesan daripada aktiviti yang dilakukan akan mendatangkan kesejahteraan kepada diri sendiri dan masyarakat pada masa kini atau akan datang.
Elemen-elemen yang amat penting dan perlu diberi perhatiaan adalah:
1. Mengawal halatuju masing-masing.
- Dalam perniagaan terdapat menibulkan pelbagai masalah terutama mengalami ketidakstabilan, perubahan dan terdedah kepada ancaman luar dan dalam. Ancaman luaran adalah politik, ekonomi, sosial dan teknologi manakala ancaman dalaman adalah pelabur, rakan kongsi dan lain-lain.
2. Memaksimumkan potensi diri.
- Usahawan tidak boleh berpuashati dengan apa yang dicapai setakat hari ini sahaja. Mereka perlu meneruskan dan memaksimumkan usaha, kemahiran dan kemampuan diri untuk menjamin kelangsungan perniagaan yang diceburi. Mereka perlu sentiasa membuat analisis pemasaran produk, kekuatan pesaing dan melihat permasalahan, peluang serta sebarang perubahan secara holistik. Selain itu, mereka mesti sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan sebarang risiko dan juga ketidakpastian serta tahu tentang strategi dan taktik untuk menanganinya dan menjadikan sesuatu risiko dan ancaman itu sebagai satu peluang yang boleh menguntungkan.
3. Mendapat keuntungan.
- Objektif sesebuah perniagaan tidak semestinya adalah keuntungan tetapi ia masih adalah kayu pengukur kejayaan bagi seseorang usahawan. Keuntungan yang dicapai atau didapat adalah melambangkan kejayaan sesebuah syarikat kerana dengan keuntungan yang diperolehi dapat membantu syarikat tersebut dapat mengembangkannya perniagaannya. Selain itu, teknologi dala pengeluaran dan operasi bagi perniagaan dapat diaplikasikan dan membolehkan promosi perniagaan dibuat dengan lebih agresif. Keuntungan juga meningkatkan keyakinan bagi pekerja, pelabur dan pihak pinjaman. Sekiranya perniagaan tersebut mendapat keuntungan , sebahagian daripadanya akan dipulangkan kepada mereka sebagai dividen, bonus atau kenaikan gaji tahunan. Pembekal dan Kreditor juga akan yakin kepada perniagaan kerana syarikat mampu membayar pinjaman dan kredit yang diberikan kepada mereka. Keuntungan yang dapat akan meningkatkan keyakinan masyarakat dan pelabur terhadap syarikat kerana mereka yakin bahawa syarikat bersedia untuk memenuhi tanggungjawab sosial dan memberi pulangan yang menguntungkan ke atas pelaburan yang dilakukan.
4. Menggunakan masa secara strategik.
- Pengurusan masa adalah amat penting bagi menjamin kejayaan seseorang usahawan. Pengurusan masa haruslah dilakukan secara strategik iaitu dengan memastikan setiap masa disusuli dengan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan perkembangan syarikat
No comments:
Post a Comment