Tuesday, 19 December 2017

DEFINISI KEUSAHAWANAN

Keusahawanan adalah di antara perkara yang terpenting kepada individu, keluarga, pembangunan masyarakat, pembangunan negara serta agama. Ianya merupakan satu bidang ilmu yang merangkumi unsur-unsur sikap, kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan dengan perniagaan dan perusahaan

keusahawanan dikatakan sebagai satu kebolehan, kemampuan, dan kecenderungan untuk melakukan perkara-perkara berikut :-

• Mengenalpasti peluang perniagaan
• Mengendalikan usaha perniagaan yang menguntungkan dirinya sendiri dan orang ramai.
• Mendapatkan kejayaan melalui usaha-usaha yang dapat memenuhi keperluan orang ramai.
• Mendapatkan kekayaan dengan cara berusaha memenuhi keperluan masyarakat.
• Mengambil risiko yang telah diperhitungkan (calculated risk)
• Mentadbir dan menggunakan faktor-faktor pengeluaran bagi menghasilkan pembangunan ekonomi   dan kebajikan sosial.
• Sentiasa berusaha dan bersedia untuk membuat pembaharuan yang boleh meningkatkan daya pengeluaran dari masa ke semasa.



JADUAL ILMU KEUSAHAWANAN 

          

PERBEZAAN USAHAWAN DENGAN PENIAGA

Definisi : Peniaga ialah orang yang menjalankan kegiatan jual beli barangan atau melakukan   
                kegiatan perkhidmatan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan

               Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan usahawan sebagai: 
                “Seorang yang berusaha untuk mengatur, mengurus dan mengambil risiko di dalam 
                 perniagaan. Usahawan juga adalah pemangkin kepada perubahan ekonomi yang  
                 menggunakan carian dengan maksud tertentu, perancangan teliti dan pertimbangan yang 
                 sesuai apabila membuat sebarang proses perniagaan. Dengan optimistik dan komited, 
                 usahawan bekerja dengan kreatif untuk memperolehi sumber baru dan memperbaharui 
                 sumber yang lama kepada kapasiti yang baru, semua ini hanya bertujuan untuk mencipta 
                 keuntungan.”



 Perbezaan antara usahawan dan peniaga ialah :-

Usahawan
1) Usahawan lebih mementingkan khidmat kepada masyarakat dan pembangunan negara.
2) Usahawan merupakan peniaga yang sentiasa membuat pengubahsuaian kepada produk atau perkhidmatan yang sedia ada dan mencari idea-idea baru.
3) Contoh: En. Zulkifli menjalankan perniagaan runcit. Ia melabelkan harga barangan, menyusun barangan mengikut jenis-jenis tertentu dan kedainya berhawa dingin. Seorang juruwang ditugaskan di kaunter pembayaran. Kedai runcitnya seakan-akan sebuah pasar raya. Ia mempunyai beberapa cawangan di bandar lain.

Peniaga
1) Peniaga lebih mementingkan keuntungan daripada khidmat kepada masyarakat dan pembangunan negara.
2) Peniaga merupakan orang yang membeli sesuatu barangan pada harga yang rendah dan menjual pada harga yang tinggi.
3) Contoh: En. Ahmad memiliki sebuah kedai runcit. Ia membeli barang-barang runcit daripada pemborong dan meletakkan barangannya di kedai untuk dijual kepada pengguna.


            

ENTREPRENEURSHIP DAY

ENTREPRENEURSHIP DAY

Entrepeneur Day ini dilakukan di hadapan  café Kolej Teknologi Alpha pada 17 November 2017 bersamaan pada hari Jumaat. Dengan adanya Entrepeneur Day ini ianya secara tidak langsung dapat melihat pelbagai produk yang unik daripada syarikat-syarikat lain dan menjadikan syarikat lebih kuat untuk bersaing.
           Melalui Entrepeneur Day yang dianjurkan syarikat kami dapat menemui pelbagai ragam tingkah laku pelanggan yang kebanyakkannya daripada kalangan pelajar Kolej Teknologi Alpha. Terdapat pelbagai objektif yang syarikat kami ingin capai melalui Enterpeneur Day yang dianjurkan. 


POSTER "ENTREPRENEURSHIP DAY" 


                                           





POORI CURRY ENTERPRISE 

       Syarikat Poori Curry Entreprise. Poori Curry Enterprise adalah sebuah syarikat yang menawarkan produk makanan segar dan sejuk beku yang juga mempunyai servis penghantaran produk ke kawasan-kawasan berdekatan dengan syarikat kami. Poori Curry Enterprise telah ditubuhkan pada 6 November 2016 dan beralamat di Poori Curry Enterprise, No. 19, Jalan Utama2/30, Taman Perindustrian Puchong Utama, 47100
        Syarikat ini mempunyai 7 orang rakan kongsi yang terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan yang berbeza. Objektif penubuhannya adalah untuk memudahkan golongan wanita yang berkerjaya yang tidak mempunyai masa untuk menyiapkan makanan bagi keluarga. Seterusnya, kami juga menyasarkan kalangan pelajar-pelajar di Universiti yang berdekatan. Hal ini kerana kebanyakkan pelajar ini sukar mendapatkan makanan kerana kekurangan gerai-gerai makanan yang berhampiran. 

ANTARA JUALAN YANG DIJUAL SEMASA "ENTREPRENEURSHIP DAY"

     1.       ROTI POORI
Menu utama bagi syarikat Poori Curry Enterprise ialah roti poori. Roti poori merupakan makanan bagi kaum India. Namun demikian, pada masa kini, penerimaan roti poori bukan sahaja diterima oleh kaum India itu sendiri malahan kaum-kaum lain juga telah menggemari roti poori ini. Bagi syarikat Poori Curry Enterprise, roti poori dihasilkan secara sejuk beku. Hal ini demikian kerana perkhidmatan jualan roti poori sejuk beku jarang dilakukan oleh syarikat pengeluaran makanan sejuk beku. Oleh itu, syarikat kami telah mengambil peluang ini untuk menghasilkan dan menjual roti poori sejuk beku. Kami juga turut memberi servis penghantaran roti poori kepada sesiapa yang membelinya.
Pada hari “Entrepreneurship Day”, kami turut menjual menu utama kami, iaitu Roti Poori. Terdapat ramai pelanggan yang membelinya termasuklah kaum-kaum lain selain daripada kaum India. Pada mulanya, pelanggan di Kolej Teknologi Alpha selain daripada kaum India berasa asing dengan menu utama kami, namun demikian, setelah kami menyediakan “tester” roti poori kepada mereka, mereka mula meminati roti poori dan membeli jualan kami. Kami juga telah menambah tepung atta pada roti poori kami supaya roti poori kami kelihatan lebih menarik warnanya dan sedikit rangup. Pada hari tersebut, roti poori jualan kami telah mendapat sambutan daripada warga Kolej Teknologi Alpha.
            2.        KOPI CINCAU AIS
Kopi cincau ais merupakan menu sampingan bagi jualan syarikat Poori Curry Enterprise pada hari “Entrepreneurship Day”. Kopi cincau ais merupakan sebuah inovasi yang kami lakukan terhadap air kopi. Kami memilih untuk menjual kopi cincau ais kerana kami menganggap bahawa pelanggan kami akan tertarik dengan inovasi yang kami lakukan. Rasanya yang lazat di samping tambahan cincau membuatkan air kopi cincau ais kami mendapat sambutan yang hangat oleh pelanggan.
Terdapat ramai pelanggan yang membeli kopi ais cincau kami. Hal ini demikian kerana mereka ingin mencuba sesuatu yang baru. Di samping itu, pada hari “Entrepreneurship Day”, tidak ramai yang menjual air. Hal demikian juga sedikit sebanyak membantu melariskan jualan air kopi cincau ais kami. Bagi penggemar air kopi pula, mereka sangat senang menerima inovasi yang kami lakukan terhadap air kopi. Pada hari “Entrepreneurship Day”, air kopi cincau ais kami telah mendapat sambutan yang hangat bukan sahaja dalam kalangan pelajar malahan para pensyarah dan juga kakitangan kolej juga turut membeli air kopi cincau ais kami.
             3.       CUCUR KENTANG
Pada hari “Entrepreneurship Day”, syarikat Poori Curry Enterprise juga turut menjual cucur kentang. Cucur kentang ini juga merupakan sebuah inovasi yang cuba kami perkenalkan kepada warga Kolej Teknologi Alpha. Kami memilih untuk menjual cucur kentang kerana cucur kentang ini mudah dihasilkan di samping rasanya yang lazat.
Pelanggan kami amat menggemari cucur kentang kami dan pada hari “Entrepreneurship Day” tersebut, cucur kentang kami turut mendapat jualan yang amat memberangsangkan. Pada hari tersebut, pelanggan kami bukan sahaja terdiri daripada pelajar Kolej Teknologi Alpha. Para pensyarah dan juga kakitangan kolej juga turut sama menjadi pelanggan kami.




 RAKAN KONGSI 

                            




 PERSIAPAN SEMASA "ENTREPRENEURSHIP DAY"











POSTER POORI CURRY ENTERPRISE

                   


 LOGO SYARIKAT

                                 

DEFINISI KEUSAHAWANAN

Keusahawanan adalah di antara perkara yang terpenting kepada individu, keluarga, pembangunan masyarakat, pembangunan negara serta agama. I...